Members

Tuesday 13 March 2012

Seronoknya menjadi guru

Dipetik daripada :
http://www.leewantam.com/2011/12/guru-kekadang-dilayan-seperti-pelajar.html

Guru digahkan di atas kertas sebagai insan yang mulia membakar diri menerangi orang lain. Setelah tiga buah sekolah saya berkhidmat dan telah berkhidmat selama 20 tahun, saya memohon tukar ke sekolah lain pula, bermakna semasa saya berkhidmat di sekolah baru ini perkhidmatan saya ketika itu telah masuk tahun yang ke 21.

Berkhidmat sebagai guru selama 20 tahun biasanya belum mencium rasa naik pangkat dan apa-apa keistimewaan, malah meja yang disediakan di Bilik Guru pun kekadang berkongsi dengan rakan sejawat, tidak seperti kerani dan pembantu pejabat di mana mereka mendapat meja khas, inilah sebenarnya pengalaman saya ketika memulakan khidmat di sekolah yang keempat pada awal tahun 1992, sesampai sahaja saya di sekolah ini saya diberi tahu oleh Penolong Kanan bahawa tempat duduk saya di Bilik Guru ialah di meja kongsi kerana meja guru tidak mencukupi dan saya berkongsi dengan empat guru, itulah meja yang patut digunakan semasa ketiadaan kelas dan menyelesaikan kerja-kerja perkeranian atau berehat menghilangkan penat selepas menyelesaikan pengajaran di dalam kelas, saya sangka hanya beberapa hari sahaja terpaksa berkongsi meja tersebut , Rupa-rupanya tiada tarikh akhirnya, akhirnya saya mengambil keputusan berpindah ke Surau Sekolah walaupun arahan menyatakan semua guru hendaklah ditempatkan atau patut berada di Bilik Guru bagi memudahkan pihak pentadbir menemui mereka jika ada sesuatu keperluan, saya berterus terang bahawa saya terpaksa berada di Surau kerana di sana lebih selesa berbanding dengan berkongsi meja di Bilik Guru,

Pada hemat saya guru tidak sepatutnya dilayan sedemikian, berlebih-lebih lagi guru yang telah lama berkhidmat yang pun mereka tiada apa-apa pangkat, mereka ini lebih cepat sensitif berbanding guru yang baru berkhidmat, Jelas saya telah berkhidmat melebihi 20 tahun ketika itu, layanan seperti itu dilihat tidak wajar, Pengetua/Guru Besar yang asalnya juga seorang guru biasa telah melupai usal-asalnya apabila beliau menduduki meja pengetua dengan melayani guru seumpama melayani anak murid atau seorang pelajar.

Kini di abad ke 21 pun guru-guru masih merungut dan menghadapi masalah yang sama , masih terdapat sebahagian daripada mereka tidak disediakan meja khas untuk mereka melaksanakan tugas dengan selesa, terutamanya bagi mereka yang bertugas di sesi petang. Sudahlah penempatan murid bagi setiap kelas mencecah hampir 40 orang, janji KBSR dan KBSM dalam hal ini tidak berjaya direalisasikan di mana murid-murid akan dikurangkan di dalam sesuatu kelas menjadikan jumlah maksimum 35 murid , ketidakselesaan itu ditambah pula dengan kenakalan murid yang semakin menjadi-jadi, apakah masih wujud ruang untuk guru mengharapkan keselesaan dan keseronokan menjadi seorang guru biasa, kalau layanan terhadap guru masih statik sejak dulu sampai kini. Sedangkan guru juga mengetahui layanan istimewa yang diterima oleh kekawan mereka di sektor awam yang lain.

Kalau dilihat dan dinilai secara perbandingan dengan negara lain yang lebih baik layanannya terhadap guru, kita akan dapati layanan kita yang sedia ada perlu dipertingkatkan lagi, kalau ditunggu lebih lama untuk dibuat rombakan atau perubahan ditakuti situasinya akan menjadi semakin rumit.

No comments:

Post a Comment